Pendedahan Dan Ujian Saringan Minda Sihat

24 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah membuka ruang kepada murid SK Taba Sait untuk mengunakan perkhidmatan komputer untuk Ujian Saringan Program Minda Sihat yang bermula pada pukul 10:00 pagi hingga pukul 12:00 tengahari. Seramai 4 orang murid beserta seorang guru pembimbing telah datang dan menjalani Ujian Saringan tersebut. Di samping itu, kami juga turut memberi pendedahan sedikit kepada murid yang datang tentang fungsi komponen asas komputer iaitu tetikus serta cara untuk menggerakkan tetikus dengan betul sebelum mereka memulakan ujian saringan tersebut memandangkan ada di kalangan murid yang belum tahu lagi cara penggendaliannya.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi. Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali