Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Bersempena Sambutan Hari Gawai

18 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 17 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program kanak-kanak iaitu Pertandingan Mewarna Kanak-kanak. Pertandingan tersebut terbuka kepada tiga kategori iaitu Kategori A, melibatkan kanak-kanak yang berusia 6 tahun hingga 8 tahun. Manakala Kategori B, melibatkan penyertaan dari kanak-kanak berusia 9 tahun ke 10 tahun. Dan seterusnya, Kategori C, melibatkan penyertaan dari kanak-kanak berusia 11 tahun ke 12 tahun.Pertandingan telah berlangsung selama 1 jam 30 minit, iaitu dari pukul 10:30 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari.

Pada permulaan pertandingan, peserta telah didedahkan dengan perkongsian advokasi iaitu “Semak Fakta”. Perkongsian ini telah disediakan dalam bentuk video dan dikongsikan dengan penyampaian yang ringkas dan senang difahami oleh kanak-kanak tersebut. Terdapat juga sesi soal jawab untuk menarik minat para peserta dan memeriahkan suasana. Objektif Pertandingan mewarna ini diadakan adalah untuk memupuk kreativiti kanak-kanak dan memeriahkan sambutan Hari Gawai dalam kalangan kanak-kanak setempat yang menyambutnya.

Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat memupuk seni mewarna dan kanak-kanak tersebut dalam mengenali warna dan teknik mewarna yang betul. Untuk memeriahkan lagi pertandingan ini, kami turut menyediakan hadiah mengikut kategori dan hadiah sagu hati untuk setiap peserta yang hadir. Sebagai acara terakhir dalam pertandingan pada hari tersebut, sesi mengambil gambar bersama peserta juga telah diadakan. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali