Kursus Usahawan : Kelas Bakeri Siri 1/2023
10 September 2023 | Aktiviti TerkiniPada 9 September 2023, Sabtu, PEDi Bengoh dengan kerjasama, bersama PEDi Braáng Bayur telah mengadakan program Kursus Usahawan : Kelas Bakeri bersama tenaga pengajar, Puan Prisca Agin. Program ini telah disertai oleh 6 orang peserta yang berminat dengan kemahiran penghasilan bun dan pastri ini. Program telah berlangsung selama 5 jam, iaitu dari pukul 10 pagi sehingga 3 petang. Objektif program ini diadakan adalah, agar para peserta dapat mempelajari kemahiran dan tips menghasilkan pastri dengan bahan dan teknik yang betul.
Kami juga berharap melalui kursus bakeri secara bersemuka ini, peserta akan memperolehi pengetahuan, kenalan baru dan dapat membina keyakinan dalam diri mereka untuk memulakan produk hasil tangan sendiri. Kehadiran Puan Prisca Agin sebagai pengajar sangatlah membantu. Beliau sangat ikhlas dalam perkongsian dan teknik menguli yang betul kepada para peserta. Sebagai usahawan tempatan, beliau ingin membantu ramai usahawan baru yang lain untuk bangun dan memulakan perniagaan mereka. Kami berharap agar kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menjadi platform utama bagi para usahawan untuk berkomunikasi di antara mereka dan memperoleh maklumat baharu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: