Kelas Bimbingan Subjek Bahasa Melayu Semasa Cuti Sekolah

31 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 30 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan kelas bimbingan bagi subjek Bahasa Melayu untuk para pelajar sempena dengan cuti sekolah. Kelas tersebut berlansung selama 1 jam iaitu dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Objektif kelas bimbingan ini diadakan adalah untuk membantu pelajar tersebut memanfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah selain daripada menambah ilmu pengetahuan. Para pelajar juga turut didedahkan dengan sumber daripada internet yang boleh dijadikan panduan untuk mencari maklumat tambahan serta bahan bantuan dalam pembelajaran.

Selain itu, kami turut memberi pendedahan kepada para pelajar tentang fungsi kepenggunaan “keypad” ataupun papan kekunci kepada para pelajar agar mereka tau serba sedikit mengenai asas komponen komputer serta dapat mengendalikan komponen tersebut dengan betul di masa akan datang. Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Amalkan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara. Pengguna Internet yang bijak tidak akan membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali