Kelas Asas ICT - Kenali Komputer Dan Google

13 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 November 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bengoh telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kenali komputer dan google selama dua jam pada pukul 1:00 petang hingga 3:00 petang yang disertai oleh 2 orang peserta. Kelas ini mendedahkan komponen-komponen komputer serta fungsinya dan penggunaan google sebagai peranti mencari maklumat. Pada kali ini kami memberi penekanan kepada penggunaan email serta cara menghantar email secara formal serta cara memasukan lampiran gambar atau dokumen yang berkaitan.

Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu privasi anda tanggungjawab anda agar peserta tidak sebarang mendedahkan maklumat pravasi beliau kepada umum terutamanya media sosial. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali