Program Pemerkasaan ICT- Surat Rasmi Korporat

16 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur dan Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Program Pemerkasaan ICT: Surat Rasmi Korporat bersama Kakitangan Staf Klinik Kesihatan Braang Bayur pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari yang disertai oleh 7 orang peserta. Program ini memberi pendedahan kepada format penulisan Surat Rasmi Korporat yang betul seperti size perkataan, jenis perkataan, ruang dan sebagainya.

Mereka juga diberi tugasan menghasilkan Surat Rasmi Korporat dengan mereka “header” seperti contoh yang diberi. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar. Selain itu, kami berkongsikan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali