Program ICT Digital Computer Score SK Taba Sait

14 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat, 13 October 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Program ICT Digital Computer Score bersama dengan guru dan pelajar sekolah rendah dari SK Taba Sait. Program ini telah berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:30 petang. Program ini memerlukan para pelajar tersebut mengisi maklumat dan menyelesaikan kuiz secara dalam talian melalui laman sesawang yang dikenali sebagai dcs.moe.edu.my.

Dibimbing oleh guru dari SK Taba Sait sendiri, para pelajar dapat mengisi dengan bantuan dan bimbingan daripada guru tersebut. Objektif program ini adalah untuk membantu para pelajar mempelajari komputer secara digital dan melaluan permainan secara dalam talian di bawah moe.edu.my. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali