Kelas Asas ICT - Carian Google

18 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2023, PEDi Bengoh telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Carian Google. Kelas diadakan selama 1 jam 30 minit iaitu dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:30 petang dengan dihadiri oleh 2 orang peserta. Objektif kelas ini dijalankan adalah untuk membantu para pelajar mencari platform yang sesuai untuk dijadikan panduan untuk mereka menyiapkan tugasan sekolah dengan mudah dan tepat. Selain itu, kami juga turut mendedahkan modul Klik Dengan Bijak iaitu mengenai kebebasan bersuara.

Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Amalkan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan Negara. Pengguna Internet yang bijak tidak akan membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali