Program Keusahawanan Kursus Latihan Pengendali Makanan (Siri 2/2023)

16 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 15 Julai, 2023, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Bengoh telah mengadakan Program Keusahawanan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang telah dianjurkan oleh NZ Bunga Venture Training & Consultant. Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari dengan penglibatan sebanyak 5 orang peserta. Program tersebut menarik minat daripada penduduk tempatan yang kebanyakkannya berminat dengan pengusahaan kecil-kecilan melibatkan produk makanan. Peserta-peserta yang terlibat merupakan golongan usahawan tempatan dan kecil-kecilan yang memulakan perniagaan mereka berasaskan Home based.

Menariknya lagi, kursus latihan ini mengeluarkan sijil yang disahkan dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dimana ini sangatlah perlu bagi perniaga makanan, tidak kira Home-based ataupun memiliki permis perniagaan sendiri. Sekiranya, perniaga makanan tidak memiliki Sijil Pengendali Makanan yang sah, mereka boleh disabitkan denda maksimum sebanyak RM10000 dan 2 tahun penjara. Kursus Latihan Pengendali Makanan ini telah dijalankan secara online dan dikendalikan oleh penceramah berpengalaman Pn. Nur Nadiah binti Shahrom dari NZ Bunga Venture Training & Consultant. Kursus ini merangkumi 4 seksyen iaitu Pengenalan kepada kepentingan latihan pengendali makanan, Kebersihan makanan, Keselamatan makanan, dan Faktor-faktor kritikal keracunan makanan.

Diakhir kursus, peserta diterangkan dengan objektif dan misi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia, serta bantuan yang pihak kami dapat berikan seperti menyediakan Kursus Keusahawanan seperti ini. Turut diterapkan juga adalah Modul Klik dengan Bijak: Tipu Tawaran Kerja Dalam Talian. Jenayah penipuan tawaran pekerjaan dalam talian semakin berleluasa. Jadi, kami mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran lumayan yang dijanjikan. Melalui kursus dan pendedahan kepada isu penipuan dalam talian ini, kami berharap agar pesanan yang positif dapat dikongsi bersama dan bermanfaat kepada peserta dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali