Kelas ICT - Microsoft Excel

10 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Rabu 9 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan kelas Microsoft Excel pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh seorang peserta. Peserta tersebut diajar membuat formula kira-kira, menghasilkan graf melalui data yang telah disediakan. Setelah peserta diberikan tunjuk ajar, peserta diberikan tugasan yang perlu disiapkan dalam kelas.

Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera dengan bimbingan daripada tenaga pengajar. Peserta diterapkan dengan Modul Klik dengan Bijak: penipuan kewangan yang kerap berlaku akhir-akhir ini agar beliau sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsikan maklumat peribadi kepada umum serta jangan mudah percaya kepada skim-skim cepat kaya kerana tiada kejayaan tanpa usaha. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali