Kelas Bahasa Inggeris – Asas Dan Ejaan

8 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 7 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program bersama kanak-kanak tempatan selepas waktu sekolah. Dalam aktiviti ini, seramai 9 orang kanak-kanak berusia dalam ringkungan 7 hingga 10 tahun telah menyertai Kelas Bahasa Inggeris ini iaitu Kenali Asas dan Ejaan. Aktiviti ini telah berlangsung selama 2 jam, bermula pada pukul 2:00 petang ke 4:00 petang. Aktiviti dimulakan dengan menunjukkan perkataan berserta gambar di dalam Bahasa Inggeris dan cara sebutannya. Setelah itu, peserta diberi kuiz ringan dengan contoh perkataan, maksud dan cara penggunaannya.

Semua para peserta diberi kesempatan untuk menjawab dan menyelesaikan soalan yang diberi. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk membimbing dan berkongsi pengetahuan dalam Bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa kedua masyarakat Malaysia. Sekali gus, membentuk keyakinan mereka untuk menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih berani dan kerap. Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan masa selepas waktu sekolah dengan lebih berfaedah. Para peserta muda turut dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Semak Fakta”. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali