Kelas E-Learning : Tutorial Kertas Roket

20 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa 19 September 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas E learning bersama beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 9-11 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Dengan menggunakan Youtube sebagai media untuk berkongsikan tutorial untuk menghasilkan roket kertas yang selamat dan dapat dihasilkan hanya dengan beberapa bahan sahaja.

Objektif pembelajaran ini adalah untuk menguji dan berkongsi ilmu pembelajaran mengenai sumber maklumat dan tutorial daripada Youtube. Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu Bahaya Internet dalam kalangan kanak-kanak jika mereka menyalahgunakannya. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali