Kelas E-Learning Dan Permainan Pendidikan Dalam Talian

19 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 18 September 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas E learning dan menjawab kuiz online kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 8-11 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:30 petang. Dengan menggunakan laman Wordwall.net, pelbagai permainan dalam talian yang berunsur pendidikan dapat didapati.

Permainan yang disediakan terdiri daripada pelbagai jenis, genre, tahap, tema, subjek dan lain-lain. Jenis permainan yang disediakan sesuai untuk kanak-kanak dari pelbagai usia. Objektif pembelajaran ini adalah untuk menguji dan berkongsi ilmu pembelajaran dalam talian yang bermanfaat dalam bentuk permainan di dalam talian. Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu siber buli dan buli dalam kalangan kanak-kanak agar mereka lebih memahami bahawa perbuatan ini tidak sihat dalam pergaulan mereka seharian. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali