Kelas E-Learning Dan Permainan Pendidikan Dalam Talian

13 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu 12 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas E learning dan menjawab kuiz online kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 8-11 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:30 petang. Dengan menggunakan laman ABCYA, pelbagai permainan dalam talian yang berunsur pendidikan dapat didapati. Permainan yang disediakan terdiri daripada pelbagai jenis, genre, tahap, tema, subjek dan lain-lain. Jenis permainan yang disediakan sesuai untuk kanak-kanak dari pelbagai usia.

Reka bentuk dan penyediaan permainan dalam talian ini juga ringkas dan menggunakan warna dan pendekatan yang menarik untuk menarik minat kanak-kanak belajar sambil bermain. Antara permainan yang boleh didapati adalah “Giant Hamster” dan “Typing the letter”. Objektif pembelajaran ini adalah untuk menguji dan berkongsi ilmu pembelajaran dalam talian yang bermanfaat dalam bentuk permainan di dalam talian. Ia juga merupakan salah satu bentuk aktiviti untuk meningkatkan kemahiran mereka di dalam penggunaan komputer dan papan kekunci. Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu siberbuli dalam kalangan kanak-kanak agar mereka lebih memahami bahawa perbuatan ini tidak sihat dalam pergaulan mereka seharian. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali