Kelas E-Learning Dan Permainan Pendidikan Dalam Talian

14 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 13 November 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas E learning dan menjawab kuiz online kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 10-11 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:30 petang. Dengan menggunakan laman Giant Hamster Run, pelbagai permainan dalam talian yang berunsur pendidikan dapat didapati.

Melalui permainan “Ghost Typing”, para peserta mengeja perkataan yang muncul dalam tempoh masa tertentu, dan pemain hendaklah menaip setiap huruf dengan cepat dan tepat pada papan kekunci yang ada pada komputer. Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu siber buli dan buli dalam kalangan kanak-kanak agar mereka lebih memahami bahawa perbuatan ini tidak sihat dalam pergaulan mereka seharian. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali