Aktiviti Hujung Minggu – Kenali Dan Mewarna Bendera Sarawak

6 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 5 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program hujung minggu bersama dengan kanak-kanak tempatan. Dalam aktiviti ini, seramai 16 orang kanak-kanak berusia dalam ringkungan 6 hingga 13 tahun telah menyertai aktiviti hujung minggu ini iaitu Kenali Sarawakku dengan mewarna. Aktiviti ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula pada pukul 2:30 petang ke 3:30 petang. Aktiviti dimulakan dengan kuiz ringan mengenai negeri Sarawak. Setelah itu, peserta diberikan bendera Sarawak untuk mewarna. Para peserta muda dibimbing dengan baik oleh peserta yang lebih tua untuk mengenali warna pada bendera Sarawak.

Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk membimbing kreativiti dalam kalangan kanak-kanak tersebut, sekali gus berkongsi pengetahuan tentang Negeri kenyalang, Sarawak. Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan waktu cuti hujung minggu dengan lebih berfaedah seperti kuiz dan mewarna bersama rakan-rakan sebaya. Para peserta muda turut dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Siber Buli”. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali