Program Cha-Ching Curiculum

5 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 4 September 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Program Cha-ching korrikulum bersama dengan guru dan pelajar sekolah rendah dari SK Taba Sait. Program ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 2 petang sehingga pukul 4 petang. Program ini memerlukan para pelajar tersebut mengisi maklumat dan menjawab soalan secara dalam talian melalui perisian dalam talian yang dikenali sebagai Cha Ching Curiculum.

Dimana para pelajar dikehendaki mengisinya secara peribadi dan perseorangan. Diketuai oleh guru dari SK Taba Sait sendiri, para pelajar dapat mengisi dengan bantuan dan bimbingan daripada guru tersebut. Objektif program ini adalah untuk membantu para pelajar mengenali diri dan memahami aktiviti yang mereka minati, dengan pemantauan dan nasihat daripada guru mereka. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali