Kelas ICT: Kelas Animasi – Mereka Watak Animasi menggunakan Animaker
20 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada hari Jumaat lalu,19 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program ICT iaitu Kelas ICT: Kelas Animasi – Mereka Watak Animasi menggunakan Animaker. Dalam aktiviti ini, seramai 9 orang kanak-kanak tempatan berusia dalam ringkungan 8 hingga 12 tahun telah sertai Kelas ICT ini yang berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula pada pukul 2:00 petang ke 3:30 petang. Kelas ICT yang diadakan ini adalah Kelas Animasi iaitu memperkenalkan fungsi bentuk perkongsian maklumat dalam animasi,elemen-elemen dan jenis-jenis animasi yang digunakan untuk membuat sesebuah animasi yang bukan sahaja sekadar hiburan tetapi juga media dalam berkongsi sesebuah maklumat kepada penonton.
Pada awalnya para peserta dikongsi dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Semak Fakta” yang dimana dalam kalangan pengguna media sosial kini ramai mudah percaya kepada maklumat yang dikongsikan di dalam media sosial tanpa memastikan kesahihan sesuatu maklumat tersebut. Penglibatan para peserta dapat dilihat apabila mereka berkongsi pengalaman mengenai maklumat palsu atau info yang tidak pasti kesahihannya di dalam media sosial. Aktiviti kemudian diteruskan kepada pengenalan kepada Animasi iaitu elemen-elemen dalam animasi, fungsi animasi dan juga jenis produksi animasi yang ada. Setelah itu, para peserta dikenalkan dengan aplikasi dalam talian iaitu “Animaker” yang boleh digunakan untuk mereka, mencipta video dan watak animasi ringkas.
Para peserta kita memilih watak yang sedia ada sebelum mengubah penampilan watak dari segi stail rambut, pemakaian, asessori dan peralatan yang digunakan. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam mengenali ap aitu animasi dan bahawa ia bukan sekadar hiburan untuk golongan kanak-kanak tetapi juga cara produksinya yang merangkumi teknik yang lebih meluas. Juga turut dikongsikan adalah contoh aplikasi dalam talian yang boleh digunakan untuk mereka dan mengubah sesebuah karakte. Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan waktu petang selepas waktu persekolahan dengan lebih berfaedah dalam mengenali dan kegunaan software yang dapat memudahkan mereka suatu masa nanti. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: