Aktiviti Hujung Minggu – Senam Aerobik Dan Rengangan
6 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu, 5 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program bersempena dengan cuti hujung minggu bersama dengan kanak-kanak tempatan. Dalam aktiviti ini, seramai 16 orang kanak-kanak berusia dalam ringkungan 6 hingga 13 tahun telah menyertai aktiviti senaman iaitu Senam Aerobik. Aktiviti ini telah berlangsung selama 30 minit, bermula pada pukul 2:00 petang ke 2:30 petang. Aktiviti dimulakan dengan senam aerobik dimana para peserta menari dan mengikut rentak video senam aerobik yang sesuai untuk peringkat usia mereka.
Pilihan lagu untuk senam aerobik itu dimulakan dengan lagu yang lebih perlahan dan lembut untuk rengangan. Sebelum pilihan lagu yang lebih rancak selepas itu untuk memeriahkan suasana. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk menggalakkan minat bersenam dalam kalangan kanak-kanak dalam bentuk tarian dan muzik. Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan waktu cuti hujung minggu dengan lebih berfaedah dengan bersenam dan bergaul bersama rakan sebaya. Para peserta muda turut dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Oversharing”. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: