Asas ICT: Mencipta Poster Tahun Baru 2024

30 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Disember 2023 yang lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bengoh telah mengadakan kelas ringkas Asas ICT iaitu mencipta Poster Tahun Baru 2024 menggunakan aplikasi Canva Bersama dengan seorang peserta. Kelas tersebut berlansung selama satu jam iaitu dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang.

Objektif kelas tersebut dijalankan adalah untuk membimbing peserta untuk menghasilkan Poster Tahun Baru menggunakan aplikasi dalam talian yang mudah dan menarik. Peserta diajar cara-cara untuk memasukkan gambar, teks dan animasi ke dalam poster yang dihasilkan. Selain itu, peserta juga diajar untuk menyimpan hasil poster yang telah dihasilkan.

Di samping itu, kami turut mendedahkan mengenai salah satu topik di dalam modul KDB iaitu Buli Siber. Kami turut kongsikan antara contoh-contoh perlakuan yang dikategorikan sebagai pembulian siber dan tip keselamatan elak menjadi mangsa buli siber.

Terima kasih kerana sudi datang ke PEDi Bengoh untuk menimba ilmu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali