Aktiviti Sempena dengan Cuti Sekolah – Kelas ICT – Bahagian II: Pengenalan kepada Words

25 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat, 24 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program bersempena dengan musim cuti sekolah iaitu Kelas ICT: Pengenalan kepada Words. Dalam aktiviti ini, seramai 6 orang kanak-kanak lelaki berusia dalam ringkungan 7 hingga 12 tahun telah sertai Kelas ICT ini yang berlangsung selama 2 jam, bermula pada pukul 10:00 pagi ke 12:00 tengah hari.

Kelas ICT bahagian kedua ini adalah Pengenalan kepada Words iaitu satu software yang digunakan untuk mengarang, menaip, membuat surat dan lain-lain yang boleh digunakan oleh semua peringkat usia dan secara meluas, samada dalam bidang kerjaya ataupun peringkat sekolah.

Para peserta didedahkan dengan komponen asas dan “tools” di dalam software ini. Setelah itu, para peserta diminta untuk mencuba mengarang dan menaip sesuatu yang mereka inginkan. Untuk memudahkan pemahaman kanak-kanak tersebut, papan kekunci dan fungsinya dijelaskan kegunaannya dan bagaimana untuk digunakan.

Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam mengenai software asas dalam komputer yang boleh digunakan untuk menaip dan mengarang secara professional selain hasil tulisan tangan. Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan waktu cuti sekolah dengan lebih berfaedah dengan penambahan ilmu dalam teknologi moden dan kegunaan software yang dapat memudahkan mereka suatu masa nanti. Tambahan lagi, para peserta muda turut dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Bahaya dalam Internet”.

Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali