Aktiviti Sempena dengan Cuti Sekolah – Kelas ICT – Bahagian I : Asas Komputer

21 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin minggu lalu, 20 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program bersempena dengan musim cuti sekolah iaitu Kelas ICT : Asas Komputer. Dalam aktiviti ini, seramai 8 orang kanak-kanak lelaki berusia dalam ringkungan 7 hingga 12 tahun telah sertai Kelas ICT ini yang berlangsung selama 2 jam, bermula pada pukul 10:00 pagi ke 12:00 tengah hari.

Aktiviti dimulakan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Jangan berkongsikan kebohongan/maklumat palsu” yang boleh didapati dari Youtube. Dalam video tersebut menunjukkan seorang lelaki berkongsi maklumat palsu mengenai telefon pintar di media sosial. Tindakan ini sekaligus menunjukkan perkongsian maklumat palsu dan cubaan untuk scam melalui media sosial. Selepas video ini dikongsikan, para peserta ditanya jika mereka memahami mesej yang ingin disampaikan tadi. Pendekatan ini juga adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kanak-kanak ini memahami jenayah scammer yang sering berlaku dalam kehidupan kita yang menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian dan pendedahan kepada media sosial.

Menarik sekali apabila, para peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dalam peringkat sekolah rendah mempunyai pengalaman sendiri dalam menghadapi scammer melalui pengalaman telefon yang mereka dapat. Dan ada juga yang pernah didekati oleh orang yang tidak dikenali yang cuba untuk menipu golongan kanak-kanak ini.

Seterusnya program beralih kepada Pengenalan Asas Komputer iaitu komponen Komputer, kebaikan dan kelemahan komputer. Melalui slide show yang disediakan, para peserta dijelaskan mengenai komponen-komponen yang ada pada komputer serta nama dan fungsi-fungsinya. Turut dikongsikan adalah kebaikan daripada penggunaan komputer dan internet dalam menambah ilmu pengetahuan. Dijelaskan juga betapa menariknya enjin carian “Google” yang dapat membantu mendapatkan sesuatu maklumat yang sukar untuk didapati di dalam buku.

Diakhir program ini, para peserta telah diberikan kuiz berkenaan dengan komponen-komponen komputer dan fungsi-fungsinya. Mereka digalakkan untuk berbincangkan dan membantu satu sama lain dalam menjawab soalan kuiz tersebut.

Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam Asas ICT yang melibatkan komponen dalam teknologi komputer. Tambahan lagi, aktiviti ini juga membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan waktu cuti sekolah dengan lebih berfaedah sebab dapat mengurangkan masa mereka bersama media social dan permainan game online.

Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali