Aktiviti Sempena dengan Cuti Sekolah – Menjawab Kuiz dan Teka-Teki Bergambar

19 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 18 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program sempena dengan musim cuti sekolah iaitu yang menjawab kuiz dan teka-teki bergambar. Pada pagi tersebut, tayangan filem animasi telah diadakan untuk kanak-kanak tempatan yang kini dalam cuti persekolahan. Program hari itu diteruskan lagi pada sebelah petang iaitu bermula pada pukul 2 petang sehingga pukul 4 petang dan telah berlangsung selama 2 jam.

Aktiviti yang dijalankan adalah menjawab soalan kuiz teka-teki bergambar bagi kanak-kanak berusia 6 sehingga 8 tahun. Manakala, kuiz teka-teki yang bertemakan “Klik dengan Bijak” juga turut disediakan untuk kanak-kanak berusia 10-12 tahun. Para peserta digalakkan untuk berbincang jawapan dan mencari jawapan bersama serta memupuk semangat bekerjasama dan tolong-menolong di antara para peserta kanak-kanak.

Diakhir program ini, para peserta telah didedahkan dengan satu bentuk pengetahuan yang kreatif dalam menimba ilmu pengetahuan iaitu melalui kuiz teka-teki bergambar yang dicetak dan dijawab dengan pensil dan pensil berwarna.

Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat bekerjasama, tolong-menolong dan perkongsian pengetahuan “Klik dengan bijak” dalam bentuk kuiz teka-teki bergambar. Tambahan lagi, aktiviti ini juga membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan waktu cuti sekolah dengan lebih berfaedah sebab dapat mengurangkan masa mereka bersama media social dan permainan game online.

Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali