Aktiviti Sempena dengan Cuti Sekolah – Tayangan Filem Animasi : Coco 2017

19 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 18 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program kanak-kanak iaitu tayangan filem animasi berjudul, Coco yang telah dirilis pada tahun 2017. Tayangan filem animasi ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur, dan telah disertai oleh ramai kanak-kanak tempatan dari usia 5 tahun sehingga 13 tahun. Seramai 20 lebih kanak-kanak telah menyertai aktiviti dan ini telah memeriahkan lagi suasana tayangan filem yang telah dijalankan. Aktiviti berlangsung selama 2 jam iaitu daripada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari.

Untuk tayangan filem ini, peserta telah digalakkan untuk membawa makanan ringan sendiri untuk dinikmati sepanjang tayangan berlangsung. Di awal program, mereka juga turut didedahkan dengan keburukan penggunaan internet yang berlebihan sehingga membawa kepada pengaruh mudah percaya kepada berita palsu di dalam internet.

Filem animasi ini dipilih untuk ditayangkan kerana ia mempunyai elemen kekeluargaan dan karakter seorang kanak-kanak yang aktif dan mempunyai impian. Filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Miguel yang ingin mengejar impian sebagai seorang ahli muzik walaupun seni muzik ini menjadi larangan dalam tradisi keluarga mereka. Dalam usaha untuk merealisasikan impian yang membawa kepada tentangan terhadap ahli keluarga, Miguel telah membongkar rahsia dan kebenaran sebenar disebalik kehilangan moyangnya. Dan ini sekaligus telah menyelesaikan perselisihan faham di dalam keluarga dan mengeratkan lagi hubungan kekeluarga itu.

Diakhir filem, terdapat juga sesi soal jawab untuk menarik minat para peserta dan memeriahkan suasana. Peserta diberi peluang untuk mengemukakan jawapan berdasarkan apa yang mereka faham tentang filem animasi yang ditayangkan.

Objektif bagi tayangan filem ini diadakan adalah untuk memberi peluang bagi kanak-kanak tempatan suasa di dalam panggung wayang bersama adik-beradik dan rakan-rakan sebaya. Ini juga sekali gus memupuk kreativiti kanak-kanak dan pengetahuan mengenai penceritaan sesuatu cerita yang bukan sekadar untuk hiburan tetapi juga mesej dan moral yang terdapat dalam filem tersebut. Tambahan lagi, aktiviti ini juga membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan waktu cuti sekolah dengan lebih berfaedah sebab dapat mengurangkan masa mereka bersama media social dan permainan game online.

Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali