Softskills: Rearrange Alphabet

29 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Disember 2023 yang lalu, Pusat Ekonomi Digital PEDi Bengoh telah menerima kunjungan daripada seorang pengunjung cilik ke PEDi untuk menggunakan PC untuk bermain permainan edukasi dalam talian. Kami turut memperkenalkan aplikasi abcya.com iaitu antara salah satu aplikasi edukasi yang terbaik untuk bermain sambal belajar.

Objektif permainan itu diadakan adalah untuk mengasah pengetahuan softskills kanak-kanak tersebut mengenai urutan abjad selain daripada memberi pendedahan kepada kanak-kanak tersebut tentang aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam talian yang boleh dijadikan sebagai aktiviti pembelajaran.

Di samping itu, kami turut memberi pendedahan mengenai modul KDB iaitu tentang topik mobile e-waste dimana ianya merupakan tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital berdekatan.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali