Aktiviti Cuti Sekolah - Mencari Gambar Tersembunyi

20 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 19 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Aktiviti Cuti Sekolah kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 7-10 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:30 petang sehingga 3:30 petang.

Bersempena dengan cuti sekolah dan sambutan Krismas yang bakal menjelang, kami telah menyediakan kuiz mudah untuk para peserta muda. Iaitu mencari gambar tersembunyi di dalam gambar yang bercampur. Tema aktiviti adalah mengenai benda yang biasa didapati di dalam hiasan untuk pokok krismas.

Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu siber buli. Siber buli makin kerap berlaku di dalam kalangan anak muda zaman sekarang kerana pendedahan dengan media sosial.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali