Kelas E-Learning dan Permainan Pendidikan dalam Talian

19 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 18 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas E learning kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 8-11 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:30 petang.

Dengan menggunakan laman ABCYA, pelbagai permainan yang menarik dan berunsur pembelajaran dapat dinikmati. Jenis permainan yang disediakan sesuai untuk kanak-kanak dari pelbagai usia. Reka bentuk yang ringkas dan penggunaan warna yang terang dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar sambil bermain. Antara permainan yang boleh didapati adalah “Giant Hamster” dan “Water the Plant”.

Objektif pembelajaran ini adalah suatu Latihan melibatkan “Problem solving” menggunakan permainan dalam talian yang menarik dan senang di fahami. Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu siberbuli dalam kalangan kanak-kanak agar mereka lebih memahami bahawa perbuatan ini tidak sihat dalam pergaulan mereka seharian.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali