Kelas ICT: Pengenalan kepada Words

16 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat lalu, 15 December 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program ICT iaitu Kelas ICT: Pengenalan kepada Words. Seramai 4 orang kanak-kanak dalam lingkungan usia 8 ke 11 tahun telah menyertai kelas ini. Kelas telah berlangsung selama 1 jam, bermula pada pukul 2:00 hingga 3:00 petang.

Pada permulaan kelas, peserta didedahkan dengan komponen asas dan “tools” di dalam software ini terlebih dahulu. Kemudian, para peserta diberi tugasan untuk mengarang menggunakan papan kekunci. Sekali gus, mempraktikkan kemahiran asas ICT dalam menaip.

Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam mengenali software asas dalam komputer yang boleh digunakan untuk menaip dan mengarang secara professional selain hasil tulisan tangan.

Peserta turut dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Siber buli” yang turut dikongsikan semasa program dijalankan agar peserta kita menjadi lebih berhati-hati semasa menyediakan tugasan sekolah, terutama maklumat pendidikan yang melibatkan fakta.

Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali