Kelas Pengisian UPU Ambilan 2022/23

10 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 April 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah membuka ruang kepada para pelajar lepasan SPM untuk mengisi UPU atas talian bagi ambilan sesi 2022/23 yang bermula pada pukul 2:00 petang hingga pukul 3.30 petang. Kami telah membimbing peserta bagaimana cara untuk memohon UPU melalui atas talian. Daripada pendaftaran ke dalam laman sesawang sehinggalah ke pengisian maklumat dan memuat naik sijil-sijil berkaitan. Kami juga turut menerangkan proses memilih universiti pilihan dan bidang yang mereka minati.

Selain itu, kami juga berkongsikan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami berkongsi beberapa tips keselamatan kata laluan seperti menggunakan kata laluan yang kukuh serta mudah untuk diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka. Kami juga turut menerangkan bahawa kata laluan hendaklah kerap ditukar bagi memastikan akaun kita selamat dan sebagainya. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada para pelajar di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali