Kelas ICT

23 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa 22 Nov 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas ICT kepada murid-murid tahun 6 dari Sekolah Rendah Taba Sait, dibimbing oleh Cikgu Sulaiman, selaku guru kelas murid tersebut. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula dari pkul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Kelas ICT diadakan secara atas talian melalui laman web; dcs.moe.edu.my

Dengan menggunakan laman tersebut, yang juga dikenali sebagai “Digital Competency Score”, para murid dikehendaki untuk menjawab dan menyelesaikan soalan-soalan yang disediakan. Terdapat 20 peringkat soalan dan teka-teki yang harus diselesaikan oleh para murid dalam tempoh tertentu. Selain itu, terdapat juga permainan game online yang berunsur pendidikan, sekaligus merupakan bentuk teka-teki yang harus diselesaikan sebelum bergerak ke peringkat atau soalan yang seterusnya. Melalui kuiz online ini, guru dapat menilai tahap kecerdasan dan kreativiti para murid Tahun 6 dengan keputusan setelah menjawab 20 soalan tersebut. Melalui pengalaman tersebut, kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali