Perkongsian Klik Dengan Bijak: Scam (Penipuan Online) Komuniti Setempat
19 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Disember 2022, PEDi Bengoh telah mengadakan sesi ringkas Perkongsian Komuniti Klik Dengan Bijak iaitu berkenaan dengan penipuan online atau lebih dikenali sebagai ‘Scam’ bersama salah seorang komuniti setempat yang datang untuk menggunakan perkhidmatan PC.
Dalam sesi perkongsian advokasi ini, beliau telah didedahkan dengan maksud ‘Scam’, punca berlakunya ‘Scam’ dan cara menghindari diri daripada menjadi salah seorang mangsa penipuan online ‘Scam’ melalui tontonan video YouTube yang bertajuk ‘Scam Alert’.
Disertakan juga link video YouTube yang digunakan semasa sesi advokasi tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=RTZzewGczyw
https://www.youtube.com/watch?v=gE-8rvCU6hs
Diharap apa yang dikongsi bersama dengan komuniti setempatkan dapat dijadikan pengajaran dan ikhtibar di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: