Kelas Bimbingan ICT – Menghasilkan “Video Presentation”

17 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2022 - Jumaat, PEDi Bengoh telah mengadakan kelas bimbingan ICT bersama salah seorang komuniti setempat untuk menghasilkan ‘’video presentation” menggunakan aplikasi Canva. Kelas ini berlansung selama dua jam iaitu dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang yang bertempat di PEDi Bengoh.

Dalam kelas ini, beliau telah didedahkan dengan pelbagai jenis 'template' video yang terdapat di dalam Canva, cara memasukkan gambar dan elemen grafik yang menarik untuk menghasilkan video presentation beliau. Melalui kelas bimbingan ini juga dapat membantu beliau menyiapkan tugasan dengan mudah dan cepat.

Selain itu, Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengadakan Advokasi Ringkas Klik Dengan Bijak: Penipuan Pekerjaan Dalam Talian bersama beliau.

PEDi Bengoh amat berbesar hati untuk memberi bimbingan dan perkhidmatan kepada komuniti setempat. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali