Kelas ICT (Asas Microsoft Word)

19 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 18 September 2022, PEDi Bengoh telah mengadakan kelas ICT yang bertujuan untuk mendedahkan cara pengoperasian aplikasi Microsoft Word dalam menghasilkan tugasan. Kelas tersebut berlansung selama 2 jam iaitu dari pukul 2 petang sehingga 4 petang dengan dihadiri oleh seorang peserta yang terdiri daripada penduduk di sekitar PEDi. Terlebih dahulu, peserta didedahkan mengenai fungsi asas penggunaan Microsoft Word dan cara pengoperasiannya. Di akhir pembelajaran, peserta dibimbing untuk menghasilkan tugasan secara hands on menggunakan Microsoft Word.

Tambahan pula, kami juga turut ketengahkan modul Klik Dengan Bijak iaitu Buli Siber. Peserta diajar bagaimana untuk melindungi privasi terutama di media social agar dapat melindungi diri daripada menjadi mangsa buli siber.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali