Kelas Bimbingan Bahasa Melayu - Pantun

24 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 23 August 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan kelas bimbingan Bahasa Melayu dalam topik Pantun yang telah disertai oleh murid-murid sekolah rendah yang berusia 10 tahun. Kelas tersebut berlangsung selama 1:00 jam iaitu dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang. Objektif kelas bimbingan ini diadakan adalah untuk membantu kanak-kanak tersebut memahami maksud dari rangkap pantun yang terdapat dalam kertas kerja mereka. Terdapat makna tersurat dan tersirat yang murid-murid tersebut hadapi kesukaran untuk faham. Ini termasuklah makna sesetengah perkataan yang mereka pelajari melalui pantun tersebut.

Dalam usaha untuk memahami pantun itu, murid-murid tersebut juga didedahkan dengan contoh pantun dan maksudnya melalui online. Mereka juga diajar bagaimana mencari maksud atau definisi sesuatu perkataan dari sumber internet.

Di akhir kelas ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali