Kelas Bimbingan Matematik
23 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 22 August 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan kelas bimbingan Matematik yang telah disertai oleh murid-murid sekolah rendah yang berusia 10 tahun. Kelas tersebut berlangsung selama 1 jam iaitu dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Objektif kelas bimbingan ini diadakan adalah untuk membantu kanak-kanak tersebut memahami dan menyelesaikan soalan-soalan Matematik yang mereka hadapi kesukaran untuk selesaikan.
Seiring dengan itu, murid-murid tersebut juga didedahkan dengan teknik mengira dan formula menyelesaikan soalan matematik tersebut. Penggunaan internet iaitu tutorial online juga telah dijadikan sebagai sumber rujukan tambahan untuk membantu mereka memahami soalan matematik tersebut.
Di akhir kelas ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: