Kelas Asas Resume Menggunakan Aplikasi Microsoft Word
22 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada Ahad - 21 Ogos 2022, PEDi Bengoh telah melaksanakan kelas asas resume menggunakan microsoft word. Objektif kelas adalah untuk mendedahkan cara pengoperasian Microsoft Word dalam menghasilkan resume. Kelas berlansung selama 2 jam dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang telah dihadiri oleh seorang peserta. Terlebih dahulu, peserta didedahkan cara memasukkan gambar ke dalam microsoft word. Seterusnya beliau dikongsi dengan beberapa elemen yang terdapat di Ms. Word seperti tab ribbon yang digunakan untuk mengoperasikan word, quick access tools dan backstage view bagi proses menyimpan dokumen yang telah siap.
Selain itu, kami turut membimbing peserta cara untuk membuat ringkasan profil diri untuk membantu menonjolkan diri. Kami juga turut mengajar peserta cara untuk memasukkan gambar profil dalam shapes dan cara untuk memasukkan Text Box serta menyunting ayat selain dari cara pemilihan Font Type yang sesuai dengan formality.
Tambahan pula, kami juga ketengahkan modul KDB iaitu kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Amalkan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: