Kelas Matematik – Membantu Murid- Murid Menjawab Soalan Matematik

20 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad, 19 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan kelas Matematik kepada kanak-kanak sekolah rendah tempatan yang berusia 10 tahun ke 12 tahun. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Objektif kelas Matematik ini diadakan adalah untuk membantu kanak-kanak tersebut menjawab soalan matematik yang mereka hadapi kesukaran untuk memahami dan penyelesaian kepada soalan-soalan yang ada.

Selain itu, murid-murid tersebut juga didedahkan dengan penggunaan rantaian digital dan tutorial online yang dapat dijadikan sebagai sumber rujukan tambahan untuk membantu mereka memahami soalan daripada subjek tertentu.

Di akhir kelas ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali