Program Keusahawanan Kursus Latihan Pengendali Makanan (Siri 1)
19 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu, 18 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Bengoh dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Bra’ang Bayur telah mengadakan Program Keusahawanan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang telah dianjurkan oleh NZ Bunga Venture Training & Consultant. Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari dengan penglibatan sebanyak 16 orang peserta. Sebelum kursus dimulakan, pihak kami telah membuat saringan kesihatan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) kepada semua peserta yang hadir.
Program tersebut mendapat sambutan yang sangat bagus daripada penduduk tempatan yang kebanyakkannya berminat dalam perniagaan melibatkan makanan. Peserta-peserta yang terlibat merupakan golongan usahawan muda dan kecil-kecilan yang memulakan perniagaan mereka yang berasaskan Home base.
Tambahan lagi, kursus latihan ini mengeluarkan sijil yang disahkan dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya, perniaga makanan tidak memiliki Sijil Pengendali Makanan yang sah, mereka boleh disabitkan denda maksimum sebanyak RM10000 dan 2 tahun penjara.
Kursus Latihan Pengendali Makanan ini telah dijalankan secara online dan dikendalikan oleh penceramah berpengalaman Pn. Nur Nadiah binti Shahrom dari NZ Bunga Venture Training & Consultant. Kursus ini merangkumi 4 seksyen iaitu Pengenalan kepada kepentingan latihan pengendali makanan, Kebersihan makanan, Keselamatan makanan, dan Faktor-faktor kritikal keracunan makanan.
Diakhir kursus, peserta diterapkan dengan Modul Klik dengan Bijak: Guna Media Sosial secara positif. Media sosial adalah medium untuk perkongsian maklumat dan pendapat yang terkini. Ramai juga yang memanfaatkan medium ini sebagai platform untuk mengembangkan dan mempromosi perniagaan mereka secara online. Oleh itu, adalah sangat penting bagi kita sebagai pengguna media sosial untuk berkongsi sesuatu yang positif dan membina.
Melalui kursus dan pendedahan kepada penggunaan media sosial ini, kami berharap agar pesanan yang positif dapat dikongsi bersama dan bermanfaat kepada peserta dalam mengembangkan perniagaan mereka, serta menjaga keharmonian sejagat dengan penggunaan media sosial secara positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: