Kelas E-Learning: Pendedahan Kepada Kuiz Dan Permainan Pendidikan Secara Atas Talian
25 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada Selasa 24 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan kelas E-Learning kepada murid-murid tempatan yang berusia 10 tahun ke 12 tahun. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Objektif kelas E-Learning ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tersebut mengenai penggunaan rantaian digital kepada pembelajaran secara atas talian, melalui laman sesawang yang berpendidikan. Selain itu, murid-murid juga dapat mengetahui bahawa rantaian digital dapat membantu mereka untuk belajar dan sumber rujukan tambahan yang boleh diperolehi daripada internet secara percuma.
Tambahan pula, kami turut mengetengahkan bahan pendidikan secara atas talian yang juga dapat mengembangkan kreativiti mereka melalui permainan pendidikan iaitu mewarna secara atas talian.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: