Kelas ICT - Pengenalan Kepada Microsoft Words & Komponen Di Dalamnya
23 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada Ahad, 22 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan kelas ICT kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah mengenai Pengenalan Asas kepada Mircrosoft words dan komponen-komponen di dalamnya. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam 30minit iaitu dari pukul 2:00 petang sehingga 4:30 petang.
Objektif kelas ICT ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada mengenai asas penggunaan words untuk menaip, mengenali jenis-jenis font, pilihan untuk menukar saiz tulisan dan lain-lain. Selain itu, murid-murid juga dapat mengetahui bahawa kaedah mengarang kini lebih mudah dengan adanya Microsoft words dan ia juga boleh membantu mereka memperbaiki ejaan serta penggunaan komponen lain secara lebih kreatif.
Dengan itu, kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan kepada para peserta kami ini dapat memberi manfaat kepada mereka di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: