Pertandingan Menjawap Kuiz Online – Google Form (Softskill)

26 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah membuka ruang kepada pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan komputer dan capaian internet dengan membawa para pelajar untuk datang menjawap soalan kuiz untuk pertandingan secara online iaitu melalui aplikasi google form. Aktiviti ini berlansung selama dua jam bermula dari pukul 10 pagi sehingga pukul 12 tengah hari dan disertai oleh 4 orang pelajar dari SK Taba Sait bersama dengan seorang guru pengiring.

Selain itu kami turut berkongsi dengan para pelajar berkaitan dengan kempen klik dengan bijak iaitu buli siber. Kami menerangkan kepada para pelajar bahawa buli siber merupakan perkara-perkara bertulis atau dalam bentuk gambar yang dipaparkan di alam siber bagi tujuan menghina atau memperlekehkan orang lain. Objektif perkongsian ini adalah untuk memberi pendedahan secara berterusan kepada warga maya terutama para pelajar sekolah berkaitan dengan cara mengenali dan mengendalikan tingkah laku buli siber.

Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada para pelajar di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali