Kelas Pengenalan Gmail Dan Penghasilan E-Mel
26 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 April 2022 yang lalu Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah membimbing seorang pelajar dari SMK Penrissen di dalam kelas pengenalan kepada gmail dan bagaimana untuk menghasilkan email yang betul. Kelas berlansung selama 1 jam 30 minit. Objektif kelas ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang manfaat penggunaan akaun gmail dalam dunia digital kini dan bagaimana email dihasilkan untuk dijadikan sebagai medium untuk berhubung dengan kenalan dari seluruh pelusuk tempat dan kawasan tanpa mengira jarak.
Peserta diajar untuk membuka akaun gmail baharu yang rasmi untuk kegunaan beliau. Kemudian, peserta didedahkan dengan cara untuk menulis email yang lengkap yang terdiri daripada menaip isi surat, memasukkan lampuran seperti gambar, dokumen dan sebagainya sebelum menghantar email kepada si penerima. Di samping itu, kami juga turut mengetengahkan modul KDB di dalam kelas ini iaitu mengenai privasi. Privasi anda adalah tanggungjawap anda agar peserta tidak sebarang untuk mendedahkan maklumat privasi beliau kepada umum terutamnya di media social dan untuk mengelak menjadi mangsa buli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: