Kelas ICT – Pengenalan Asas Komputer

28 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu, 27 Julai 2022 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bengoh telah mengadakan Kelas ICT iaitu mengenai Pengenalan Asas Komputer untuk para pelajar dari SK Taba Sait. Kelas Ini dihadiri oleh 3 orang pelajar dan berlansung selama satu jam bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mengenali asas komponen komputer serta fungsi setiap komponen tersebut. Para pelajar turut dibimbing untuk menggunakan komputer terutamanya pada fungsi penggunaan papan kekunci dan tetikus. Tambahan lagi, melalui pendedahan seawal usia begini secara berperingkat dapat membantu kita untuk melahirkan generasi pelapis yang mahir ICT di masa hadapan.

Selain itu, kami turut berkongsi mengenai modul KDB: mobile e-waste iaitu tanggungjawab para pengguna gajet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital berdekatan.

Kami berharap agar setiap perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali