Kelas Bimbingan Matematik & Bahasa Malaysia

19 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 18 July 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan kelas bimbingan Matematik dan Bahasa Malaysia kepada kanak-kanak sekolah rendah tempatan yang berusia 10 tahun ke 12 tahun. Kelas tersebut berlangsung selama 1 jam iaitu dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang. Objektif kelas bimbingan ini diadakan adalah untuk membimbing kanak-kanak tersebut menyelesaikan soalan-soalan Matematik dan Bahasa Malaysia yang mereka hadapi kesukaran untuk selesaikan.

Selain itu, murid-murid tersebut juga didedahkan dengan penggunaan tutorial online yang dapat dijadikan sebagai sumber rujukan tambahan untuk membantu mereka memahami soalan matematik tersebut.

Di akhir kelas ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali