Perkongsian E-Learning (Pencarian Maklumat Untuk Tugasan Sekolah – Assignment/Quiz)

18 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 April 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah memberi sedikit perkongsian E-Learning kepada 2 orang pelajar yang datang untuk mencari maklumat tambahan dari internet untuk tujuan menyiapkan tugasan sekolah mereka. Kami turut membimbing para pelajar tersebut dalam aspek mengesyorkan beberapa laman web yang sesuai untuk dijadikan rujukan dalam menyiapkan tugasan mereka. Aktivi berlansung selama 1 jam 30 minit.

Antara topik perkongsian yang diberi penekanan adalah ciri-ciri untuk mengenal pasti maklumat palsu dan kaedah untuk mengenal pasti sesuatu maklumat sebelum mempercayai dan berkongsi dengan orang lain. Di akhir aktiviti, para pelajar mampu mengenal pasti kesahihan sesuatu maklumat dalam internet menggunakan kaedah SURE iaitu sources, understand, research dan evaluate. Selain itu para pelajar juga turut mengetahui kewujudan laman rasmi sebenar dalam menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi dengan orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali