Kelas Pemerkasaan Asas ICT

11 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 10 September 2022 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bengoh telah mengadakan Kelas Pemerkasaan Asas ICT untuk seorang peserta dari Kampung Semban. Kelas ini berlansung selama dua jam iaitu bermula dari pukul 2 petang sehingga 4 petang.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal untuk peserta mengenali komponen – komponen asas komputer serta cara pengendaliannya dengan betul. Peserta turut dibimbing untuk menggunakan komputer terutamanya pada fungsi penggunaan papan kekunci dan tetikus. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan peserta untuk kegunaan kelas – kelas yang akan datang.

Peserta diterapkan dengan Modul Klik dengan Bijak: penipuan kewangan yang kerap berlaku akhir-akhir ini agar beliau sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsikan maklumat peribadi kepada umum serta jangan mudah percaya kepada skim-skim cepat kaya kerana tiada kejayaan tanpa usaha.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali