Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Bersempena Bulan Kebangsaan

31 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 13 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program kanak-kanak iaitu Pertandingan Mewarna Kanak-kanak. Pertandingan tersebut terbuka kepada dua kategori iaitu Kategori 1, melibatkan kanak-kanak yang berusia 7 tahun hingga 9 tahun. Manakala Kategori 2, melibatkan penyertaan dari kanak-kanak berusia 10 tahun ke 12 tahun. Pertandingan telah berlangsung selama 2 jam 30 minit, iaitu dari pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari.

Pada permulaan pertandingan, peserta telah didedahkan dengan sedikit pengenalan mengenai bendera kebangsaan negara, iaitu Jalur gemilang, tema dan logo hari kebangsaan kita yang ke-65 iaitu “, Teguh Bersama”. Turut dikongsikan juga adalah warna yang ada pada bendera kebangsaan kita dan maksud yang tersirat dalam Jalur Gemilang. Maklumat ini telah disediakan dalam bentuk Powerpoint dan dikongsikan dengan penyampaian yang ringkas dan senang difahami oleh kanak-kanak tersebut. Terdapat juga sesi soal jawab untuk menarik minat para peserta dan memeriahkan suasana.

Objektif Pertandingan mewarna ini diadakan adalah untuk memupuk semangat perpaduan di dalam diri kanak-kanak tersebut, sekaligus berkongsikan maklumat berkenaan logo, tema kemerdekaan yang ke 65, serta warna-warna yang ada dalam jalur gemilang negara kita. Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat menyeronokkan hujung minggu kanak-kanak tersebut dengan aktiviti yang berfaedah. Untuk memeriahkan lagi pertandingan ini, kami turut menyediakan hadiah mengikut kategori dan hadiah sagu hati untuk setiap peserta yang hadir. Sebagai acara terakhir dalam pertandingan pada hari tersebut, sesi mengambil gambar bersama peserta juga telah diadakan.

Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali