Kelas Matematik – Membantu Murid- Murid Menjawab Soalan Matematik
12 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 11 July 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas Bimbingan Matematik kepada dua orang pelajar Tahun 4 daripada Sekolah Kebangsaan Taba Sait. Kelas tersebut berlangsung selama 1 jam iaitu dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang. Objektif kelas Matematik ini diadakan adalah untuk membantu pelajar tersebut dalam menyelesaikan tugasan sekolah beliau terutamanya dalam subjek Matematik. Antara topik yang diajar adalah topik pecahan. Kami turut menyediakan latihan tambahan untuk pelajar tersebut agar beliau lebih memahami apa yang diajar semasa kelas bimbingan tersebut.
Selain itu, murid-murid tersebut juga didedahkan dengan penggunaan tutorial online yang dapat dijadikan sebagai sumber rujukan tambahan untuk membantu mereka memahami soalan matematik tersebut. Tambahan pula, kami dedahkan modul KDB: mobile e-waste iaitu tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital berdekatan.
Di akhir kelas ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: