Program Keusahawanan - Kursus Latihan Pengedali Makanan (Siri 2)
10 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu, 9 July 12, 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Bengoh dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Bra’ang Bayur telah mengadakan Program Keusahawanan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang telah dianjurkan oleh NZ Bunga Venture Training & Consultant. Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari dengan penglibatan sebanyak 16 orang peserta. Sebelum kursus dimulakan, pihak kami telah membuat saringan kesihatan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) kepada semua peserta yang hadir.
Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan yang kebanyakkannya berminat dengan pengusahaan kecil-kecilan melibatkan produk makanan. Peserta-peserta yang terlibat merupakan golongan usahawan tempatan dan kecil-kecilan yang memulakan perniagaan mereka berasaskan Home based.
Menariknya lagi, kursus latihan ini mengeluarkan sijil yang disahkan dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dimana ini sangatlah perlu bagi perniaga makanan, tidak kira Home-based ataupun memiliki permis perniagaan sendiri. Sekiranya, perniaga makanan tidak memiliki Sijil Pengendali Makanan yang sah, mereka boleh disabitkan denda maksimum sebanyak RM10000 dan 2 tahun penjara.
Kursus Latihan Pengendali Makanan ini telah dijalankan secara online dan dikendalikan oleh penceramah berpengalaman Pn. Nur Nadiah binti Shahrom dari NZ Bunga Venture Training & Consultant. Kursus ini merangkumi 4 seksyen iaitu Pengenalan kepada kepentingan latihan pengendali makanan, Kebersihan makanan, Keselamatan makanan, dan faktor-faktor kritikal keracunan makanan.
Diakhir kursus, peserta diterangkan dengan objektif dan misi Pusat Ekonomi Digital , serta bantuan yang pihak kami dapat sediakan seperti menyediakan Kursus Keusahawanan seperti ini. Turut diterapkan juga adalah Modul Klik dengan Bijak: Tipu Tawaran Kerja Dalam Talian. Jenayah penipuan tawaran pekerjaan dalam talian semakin berleluasa. Jadi, kami mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran lumayan yang dijanjikan. Melalui kursus dan pendedahan kepada isu tipu tawaran kerja dalam talian ini, kami berharap agar pesanan yang positif dapat dikongsi bersama dan bermanfaat kepada peserta dalam mengembangkan perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: