Lawatan ke PEDI Bengoh dan Perbincangan Bagi Pelaksanaan Rangkaian Pakej/PUDO

14 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa 13 Dec 2022, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah menerima lawatan daripada wakil MCMC, wakil SHOPEE, Maxis dan Parcelhub dalam usaha untuk membincankan pelaksanaan rangkain Pakej/PUDO. Lawatan seramai 11 orang wakil pegawai adalah untuk memeriksa dan memahami keadaan tempat sekitar dalam mengenalpasti usahawan-usahawan tempatan yang berpotensi menggunakan perkhidmatan PUDO.

Kami difahamkan bahawa rangkaian Pakej/PUDO adalah sangat penting bagi usahawan yang ingin mengembangkan produk mereka atau produk jualan mereka secara lebih pesat melalui shopee & jualan atas talian yang lain. Perkongsian dan pertukaran informasi di antara wakil pegawai adalah sangat berguna untuk kami kongsikan dengan para usahawan tempatan kami yang menghadapi masalah untuk ke bandar dan menghantar bungkusan pelanggan mereka.

Kami berharap perkongsian maklumat dan perbincangan bersama tadi dapat sedikit sebanyak membantu kami untuk mencapai objektif Pusat Ekonomi Digital dalam membantu usahawan-usahawan tempatan dalam merapatkan jurang digital di antara penduduk luar bandar dan bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali